Entry ni tak tahu nak letak title ape

Assalamualaikum... T jawab dosa.. Jawab sayang. Kehkehkeh...








Haaa semalam aku online pesbuk. Pastu tengok ade friend baru add aku. Aku tengok lah kan sape, takan ta tengok lak kan. Kehkehkeh. Ropenye sapa aw, awek nye ex aku. Perghh pehal tetibe add aku, nak baek balik dengan aku letewwww. Ke nak stalk aku haa. Hish jangan pikir mukan2.  Hari tu bukan maen marah kat aku. Siap sumpah seranahnye aku bagai. 


Heh tapi tapelah benda da lepaskan, aku pon da maafkan and lupekan walaupon still terasa. Errrr. Hehe. Aku ingat tanak approve, tapi cam ta best je kan . Mane tahu die nak baek dengan aku ke kan, haha aku approved ah. Tapi lepas tu aku remove balik. Hahaha  Orang datang lelok kita sambut lelok.. Yaa dakk. Tapi aku rase die ade sebab tertentu kot nape add aku, Haih ghasak ah. Ade aku kesah. Haha






Hurm kalo ingat perkara tu kadang sedih gak. Tade angin tade ribut tade tsunami tibe2 kehilangan sesuatu yang paling disayangi. Terpaksa melepaskan sesuatu yang sangat2 disayangi semata2 nak puaskan hati orang laen. Haiii paham2 sendiri lah weii ape rasa time tu. Haha.  Pastu ditambah lak kata2 yang mensakitkan hati dari awek die. Perghh sakit siot. Rase nak humban die kat sungai jeh time tu. Haha. Terima jelah dengan redha oii.






Tapi tapelah benda da lepas kot ta payah lah nak ungkit2 balik kan. Aku pon bukan sape2. Kehkehkeh. Ok lah nak g kelas dahhh... 














~ Bye









Kerana Terlalu Sayang

Artikel kat bawah ni aku copy paste.. Tenang pulak bila aku baca.. Meh nak share....




Setiap yang bermula, pasti ada akhirnya. Setiap yang hitam, pasti ada putihnya. Setiap yang kabur, pasti ada jelasnya. Dan setiap yang benci, pasti ada sayangnya. Setiap yang sedih, pasti ada gembiranya. Begitulah, setiap yang hidup, pasti ada matinya.
Dulu, ketika dia hidup, baktinya berbuah rasa kasih. Dia penyeri kehidupan kita. Kadang-kadang, hanya dengan memandang wajahnya, kita merasakan tenang dan senang. Seolah-olah, diwajahnya itu ada nur yang menceriakan, ada jalan keluar setiap kebuntuan. Saat kita sedih, dia datang, tanpa berkata apa-apa dia mengusap kepala kita. Hanya dengan itu, kita sudah dibumbui ketenangan. Luka bertukar suka, pahit ditelan manis, dan segala derita hilang, hanya dengan senyuman di wajahnya.
Kita tahu, dia bakal pergi suatu hari nanti. Tapi, saban hari kita mendoakan, agar lebih baik jikalau kita yang pergi dahulu. Sungguh, kita tidak tegar kehilangannya, kerana kehilangan itu suatu penyiksaan. Bukan kita menghalang ketentuan Allah, tapi kerana terlalu sayang… terlalu sayang.






Sayang itulah ikatan kita dan dia, jika tidak, biar berjauhan sekalipun, kita tidak merasakan apa-apa. Tegarnya Allah ‘merampas’ kekasih kita, begitukah Allah, suka melihat kita berduka?
Tidak. Kita yang melihat diri sendiri, justeru jika kita yang berduka, maka kita yang menilai. Antara sayang kita kepada dia dan sayang Allah kepada dia, yang mana lebih bernilai? Sanggupkah kita bertanding dalam mengukur sayang kita dengan sayang Allah? Usahkan sanggup atau tidak, layak pun sudah tiada. Allah cuma cebiskan sifat sayang sesama hamba dengan kadar yang sedikit, itupun sudah meronta-ronta kehilangan, sedangkan, di sisi Allah, sayang itu lebih bermakna dan bernilai.
Biarlah, dan redhalah, disana ada Allah yang menjaganya. Ada mahligai untuknya, dan dia bakal menanti kita jua. Cuma masa sahaja yang menentu, samada, kita bakal menyusulnya cepat, atau lambat.
Adakah kehilangan dia lebih bermakna daripada kehilangan jati diri? Bersedihlah kerana kehilangan yang sementara itu, tapi usah memendam rasa terlalu lama. Usah berkabung macam puteri hilang takhta. Tapi, belajarlah untuk menerima hakikat. Itu satu ujian daripa Allah juga, kerana mungkin, hakikat yang lebih pahit dari itu bakal menyusul nanti. Bersedia untuk menerima, kerana hakikat adalah sesuatu yang amat pahit.
Doakan semoga rohnya bahagia di sana, bersama dengan mereka yang telah pergi, dan bersama dengan baktinya buat kita dahulu. Berdoalah agar penamat baginya ialah syurga yang tersergam indah itu, agar, dia bisa mempersiapkan sebuah mahligai untuk menyambut kehadiran kita kelak.
Utuskan salam alfatihah, sebagai peneman yang kita utus untuk menjaganya. Tapi, usah kita lupa, Allah sentiasa menjaganya. Kadang-kadang kesyukuran kita belum cukup atas segala nikmat dan anugerah yang Allah berikan. Sebab itulah, Dia mengambil kembali nikmat dan anugerah itu. Mungkin juga, kehilangannya menyebabkan kita lebih memahami erti tawakkal, justeru, itu satu lagi ujian buat kita.
Dia sudah pergi, bersama dengan kasih yang kita resmi. Segala kenangan kita dan dia di dunia, kita basmikan dengan satu doa. ‘Ya Allah, pelihara dia disana’.
Tidak wajar kita berbungkam, dengan langkisau yang menumpang. Kerana angin ribut bakal berakhir jua. Kata pepatah ‘kita tidak akan berpijak pada air yang sama di sungai, kerana ianya sudah mengalir pergi’. Usah diingatkan terlalu, apa yang telah berlalu. Dengan kehilangan dia, mungkin kita perlu lebih belajar untuk menghargai sesuatu atau seseorang.
Dalam diam, bermujahadahlah kita untuk menerima hakikat yang selalunya pahit. Dalam diam, berdoalah agar kita juga pergi menyusulnya suatu hari nanti. Cubalah, untuk belajar menerima kehilangan, kerana kehilangan bukanlah asing dalam kehidupan.
Bukan kita tidak sanggup, tapi kerana terlalu sayang. Bukan kerana tidak mampu menerima hakikat, tapi ikatan kita terlalu kuat. Kehilangannya mungkin membuatkan kita belajar untuk lebih bersyukur. Tiada apa yang kekal di dunia ini, itu hakikat yang harus kita terima.
Atau kita lebih terbelajar untuk tidak terlalu menyayangi, tidak terlalu mencintai. Kerana itu akan membuatkan kita hilang kualiti peribadi. Saat kehilangan, apa yang harus difikirkan lagi. Segerakan persiapan, tabahkan jiwa, dan runtunkan hati untuk lebih menerima.
Dahulu kita sudah memberikan sepenuhnya kasih kita kepada dia. Ikhlaskan semua itu. Kerana, jika kita ikhlas memberi, mengapa kita takut untuk tidak menerima? Apa yang berlaku, semuanya bermakna untuk sesuatu, sesuatu keikhlasan. Lihatlah, Allah bukan ingin menghancurkan kasih dan sayang kita, tapi Allah ingin sayang kita pula, lebih dari sayang kita kepada dia dahulu.
Terimalah perpisahan dengan tenang. Kerana itu lumrah kehidupan. Biarpun pahit, semuanya satu suratan.
Sahabat, bersedihlah untuk kita yang belum tentu bagaimana akhirnya kita.

Christina Perri - A Thousand Years

Lagu ni aku dedicate kan untuk die..  


Part yang paling best yang ni....



 ---- How can I love when im afraid to fall ----



Moh le layan sekali



A thousand Years








Die lagiiii

Hye.. Assalamualaikum.. Ta jawab dosa.. Jawab sayang... Hehe








Hari tu teman kann roomate aku jumpe mentor die, dalam tengah tunggu dorang kene tarbiah tu, tetibe ade seseorang yang agak aku 'tunggu2' lalu sebelah aku and tetibe berenti depan aku. Muhahaha. Terus parkinson kaw. Aku rase nak lompat2 kt situ jeh. Pastu nak tanye die camni ''kaw pegi mane dowh. 2 sem aku tunggu kaw taw tak''
Hahahaha. Boleh tak. Padahal aku ta kenal pon name die. Die pon ta kenal aku. Hahaha








Actually brader tu same course dengan aku. Tapi die senior aku lah. Penah  7 bulan yang lampau, die sekelas dengan aku. Kelas ape mane leh bagitahu, nanti kantoi lak. Hehe. Memang sebelum ni aku ta penah jumpe die even selisih bahu sekalipon ta penah. And fisrt time jumpe die dalam kelas tu, aku salu gak ah usha die. Aku pon tak tahu nape. Nak kata die hensem tu tadelah jugak *errr kejam tak* Haha. Nak kata die baik tu tak tahu lah, sebab aku atau die tak penah bertegur pon. Mungkin ade something yang buat aku nak usha die. Errrr =,=  








Ok2 balik pada cite asal, memang kebetulan lah time tu. Aku eksaited gilo cite kat budak amy yang budak specky tuu lah aku cite kat die selama ni. Sekali dak amy cakap ''uh ta ensem pon''. Sengal nye kawan. Aku bukan suruh kaw judge die hensem ke tak. Hoho. Btw lame gak ah aku parkinson time tuh. Haha 






Kalau ingat balik cam bodoh pon ade gak. Nampak je budak tu terus parkinson, menjerit and gelak kaw2 sambil tutup mulut. Hahaha. 









Banyak soalan yang putar2 lam kepala ni... Sape name die ar... Umur die berapa haa... Hari tu die datang jumpe mentor die wat ape arrr... Ke dia ta habeh lagi... Eyh takan kot... Last sem langsung ta nampak die pon.... Ish kenapa ar.... Hahahaha




Ok bye ...... 

Happy Birthday To Me

Hari tu 20/12/2011 cukup lah 21 tahun umur aku. Lagi beberapa hari da nak 22 dah. Hadoii cepatnya mase berlalu.. Umur pon dah semakin meningkat.. Berat pon ikot meningkat sekali. Hadoii melampau. Haha.






  • Thanx a lot to my lovely parents. Sayang mama and abah sangat2. Thanx for everything.  Rindu mama and abah. This is second year dorang ta celebrate same aku. And this is second year birthday jugak dorang ta peluk cium aku jugak. Dumn ! gonna miss it and i need it. And thanx to all my sistas yang wish. Along pon sayang korang jugak.  




  • Thanx a lot to my friend. Tahun ni aku perasan yang banyak hangpa wish aku moga cepat kawen . Pasai pa arrr. Alaa relax lah, aku baru 21 kot. Tapi its ok, itu doa yang baek. HahaSayang jugak kawan2.











p/s ; Banyak perkara yang jadi tahun ni. Macam2. Suka duka silih berganti. Kadang tertawa kadang menangis. kadang diatas kadang jugak dibawah. Tapi itu semua dugaan hidup. Aku terima dengan redha. Seandainya Dia tetapkan aku menangis hari ni, tapi besok Dia menjanjikan kebahagiaan aku redha dan terima dengan setulus hati. Terima kaseh Yang Maha Pencipta kerana masih lagi memberi peluang untuk aku merasai kenikmatan duniaMu. 




Selamat Ulang Tahun Kelahiran yang ke 21 Eqa...

Masih lagi di sini




Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Aku memohon dan meminta keampunan- Mu ya Tuhan ku

Moga

Kau permudahkanlah segala urusanku di dunia Mu Ya Allah

Jauhkan lah segala keburukan yang boleh memudaratkan hamba Mu

Tabahkan lah aku untuk menghadapi ujian Mu

Kuatkan lah aku untuk rintangi ujian Mu

Sesungguhnya aku insan yang lemah



Aku cuma berharap

Perjalanan hidupku sentiase diredhai oleh- Mu

Aku insan yang serba kekurangan



Engkau yang Maha mengetahui lagi Maha Menyayangi

Aku serahkan segalanya pada Mu













Blushing wiyuuu wiyuuu

Hye Assalamualaikum... Ta jawab dosa.. Jawab sayang.. Hehhe






Hari tu nak balik kampung aku pegi beli tiket dulu. Kene beli awal2, takot last minit kang ade pape hal lak kan.  


Aku pegi kaunter, aku pon cakaplah kat akak kaunter comel lotey tu..... Betol dowh die lawa, cantik. Ta tipu pon.  
















aku : kak, tiket ke kota bharu  12hb pagi ade.



Kakak comey : 12hb pagi kota bharu ye, jap yee........


   
aku : Ok




 Kakak comey : ade. 12hb pagi kota bharu. bape orang dik ?



aku : sorang.



Kakak comey : name ?   




Aku : atieqah




Kakak comey : no henpon ?




Aku : ******4740




Kakak comey  : 4550




Aku  : 4740




Kakak comey  : 4550




Aku  : 4740 kak.




Kakak comey  : Ye dik. RM45.50




Aku  : Owh ok. (Buat muka tak bersalah) Hahahaha










Plaza Alam Sentral

Hye.. Assalamualaikum.. Ta jawab dosa.. Kalau jawab sayang.. Hehehe



Ini cite minggu lepas punye lepas kuasa 3. Paham tak ?? Uh ghasak lah paham ke tak. yang penting ini cite lepas. Hehe.  *kalo aku jadi cikgu konpom budak2 hangin dengan aku kan* hehehe. Tape, naseb baek aku bukan cikgu. 


Ok hari tu disebabkan tersungguh dan sangat bosan dok kat rumah. Maka dengan tanpa berpikir panjang aku dan die telah keluar membuang masa yang bosan tuh. *ayat nak hover je kan.huh * Eyh kalo da over bosan ni memang ta pikir panjang kan. Hadoii ni masalah niii.  



Keluar pegi mane ??????


































 Alaaaaaaaaa pegi PAS je kot. Haha. Sebelah rumah aku ni je. *tadelah sebelah gak,tapi dekat dgn rumah aku* hehe.  Pegi maen boling. Pegi karok. Perghh lame gilo ta karok. Huh malas lah nak cite, meh na tunjuk gambor budak excited dapat mic terus nyanyi and ta pandang sebelah dah. Kihkihkih

























1 Lagu RM1 je. First amek 10 lagu je. So sorang 5 lagu lah. Tapi disebabkan tamak dan haloba nak menyanyi, tambah lagi 10 lagu.Hamek kaw. Haha. Eyh ade 1 cite ni,  Mende ni aku tak leh lupe ah time na g topup lagu tu. Aku  bukak pintu nak keluar, sekali ta dapat daa. Aku tolak die tamao bukak gak, aku  tarik ah. Banyak kali gak ah, pelik gak pahal tanak bukak pintu ni. Tadi aku masuk elok je bukaknye. Pastu ade sorang brader ni dok lambai2 kat aku pastu tunjuk ke depan. Aku ta layan ah, ingatkan nak ngorat aku. Hahaha. Sekali die suruh tekan lock kat tepi pintu tu daaa baru boleh kua. Haha memang malu free lah hari tu. Leh lak  pastu die senyum kambing kat aku. =,= hadooii

Terima kasih bader.. Kihkihkih





Tengok  jam awal lagi, taakan da nak balik kan. So pegi men boling jap. Alaaa RM5 je pon 1 game. Pakai student card, jimat sikit duet. Hehe. Orang kat bawah ni maen pro wooooo. Orang baling pakai sbelah tangan je. Die baling  pakai 2 tangan woo. Lagi gempak. Tengok bola tu pegi mane. Kekiri. Hehe. 










Da bosan maen pegi makan lah pulek. Kalau datang PAS tempat wajib aku menjamu selera mestilah kat Ani Sup Utara. Perghh sodap ouh. Memang kalo datang sini wajib makan kat kedai Ani ni. Makan mende same je. Kuew tiaw sup dengan bandung cincau. Nampak tak air tuh, uhhh sodapppp. Kuew tiaw lupe na snap, sampai je terus cekik. Hhehe

  



Ok da setel boling. Da setel karaoke. Da setel makan pelagi balik lah. Dah kol doblasempatpuluh dah.  




Eyh jap2... Aku macam ade yang ta kene dengan 1 gambar kat bawah ni. 











Adakah aku semakin debab ? Gemok ? Wuuu da tembam. Ok azam tahun baru nak kurus. *errr azam tahun ni pon nak kurus gak, tapi ta tercapai lagi* Hukhukhuk.








Ok babai ~~~~













Apahal

Hari ni hari rabu dah. Cepat betol masa berlalu meninggalkan hari2 semalam yang indah. Yang penuh dengan suka dan duka....... Halah ayat kemain lak tetengahari buta ni. Haha. Tengah kelaparan oii biaselah. Ok setop setop mengarut lak. 






Eyh2 jap2, lame gile dah ta jenguk belog ni. Sebulan lebih da kot. Sepi membawa diri lah katekan. Hadoiii nyampah ayat nak lentok jeh. Hehe. Btw hari ni alhamdullilah everything berjalan dengan lancar. Walaupon semalam dan semalam hari yang sangat mensakitkan hati dan perasaan. Huhu. 


Owh ya aku ade story sikit nak cite kat sini. semalam ade sorang budak pempuan ni kacau aku lagi. Dari bulan lepas lagi. Care mesej cam nak hentam aku cam aku yang bersalah je. Perghh lansung ta matured akal pendek. Haha. Dari bulan lepas lagi dok mesej2 dok call aku. Cakap bende same je. '' Awak maseh ade pape dengan si polan ni ke'', '' Awak maseh berhubung dengan si polan ni ke'', ''tolong tinggalkan si polan ni sebab saya perlukan die''. Hahaha itu ayat ni aku takan lupe.Tapi yang ini paling tak lupe ''saya tanak diperbodohkan oleh si polan tu lagi''. Pelik, kalau rase diperbodohkan si polan tu, pahal datang tanya aku, pegilan tanya polan tu. Haha. Banyak kali gak ah dok tanye aku mende same. Kalo kaw perlukan die amek lah si polan tu simpan wat pekasam lah oii ! Hadoiii budak2.


Yang aku peliknya pehal dok tanye2 aku. Pegilah tanye si polan tu. Aku tade kene mengena sikit pon dengan kaw kalau aku still dengan si polan tu. Sekarang kaw nak tuduh aku macam2 lak. Pahal. Bila aku ajak jumpe depan2 setelkan depan reti lak die bagi alasan itu ini. Hurm sakit kepala kalau makin dilayan budak tu. Ta puas hati dengan si polan tu tapi datang serang aku. Haha sangat kelakar. 


















p/s: sorry lah budak oii aku tulis pasal kaw kat sini, kaw yang paksa aku ntok tulis. Aku da cakap jangan ganggu aku lagi tapi kaw buat lagi. Kaw ingat kaw hot lettewww. Huh nyampah ! 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...