Pilihan Dia Kesengsaraan Aku

Haruskah kita kembali
Mengharungi lembaran semalam
Sedang mentari esok tetap kan bersinar
Walaupun aku tetap setia di sini

Untuk apa dikenang sejarah lalu
Kenapa mesti diingat kisah pedih itu
Haruskah hati terus setia di sini
Sedang cinta sudah berlalu

Kerana terlalu cinta, terlalu kasih
Dan kerana terlalu sayang
Buat hati ini sering terlupa
Yang hakikatnya dia telah meninggalkanku

Aku wanita yang terlalu naif
Terus mempercayai bahawa hatinya tetap milikku
Terus menyimpan harapan yang dia akan kembali
Dan terus merindui senyumannya

Terlupakah aku bahawa dia milik insan lain?
Hati cuba menafi hati cuba menipu
Tapi itulah hakikat yang perlu aku telan
Itulah kebenaran itulah realiti

Dia memilih gadis lain sebagai suri hidupnya
Dia yang memilih untuk meninggalkanku
Dia yang memilih untuk melupakanku
Dia yang memilih untuk mengecewakanku
Inilah kebenarannya yang paling pahit untuk kutelan

Kenapa pilihan terletak ditangannya?
Kenapa dia yang harus memilih?
Walau sepahit  mana rasa ini
Namun harusku akur
Kerana itulah pilihannya.......






p/s ; khas ntok mereka yang sedang berduka lara.. ingatlah kebahagiaan akan disusuli dengan penderitaan.. begitu jua penderitaan akan disusuli dengan kebahagian pada akhirnye..



p/s lagik ; aku jua pernah merasainye.. huhu

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...